Kabinet Ismail Sabri
| Kabinet Malaysia 2021 | |
|---|---|
Kabinet Malaysia ke-22 | |
| 2021–2022 | |
| Tarikh dibentuk | 21 Ogos 2021 |
| Tarikh dibubarkan | 10 Oktober 2022 |
| Orang dan pertubuhan | |
| Ketua negara | Al-Sultan Abdullah |
| Ketua kerajaan | Dato Sri Ismail Sabri Yaakob |
| Timbalan ketua kerajaan | Tiada |
| Parti anggota | |
| Status dalam badan perundangan | Kerajaan campuran yang mendapat majoriti |
| Parti pembangkang | |
| Ketua pembangkang | Anwar Ibrahim |
| Sejarah | |
| Penggal dalam badan perundangan | Parlimen Malaysia ke-14 |
| Pendahulu | Kabinet Muhyiddin |
| Pengganti | Kabinet Anwar |
Kabinet Malaysia 2021 atau Kabinet Ismail Sabri dibentuk pada 30 Ogos 2021 selepas Dato Sri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 pada 21 Ogos 2021. Kabinet ini juga dikenali sebagai Kabinet Keluarga Malaysia.
Pentadbiran semasa kabinet ini menggabungkan 4 pihak politik utama iaitu Barisan Nasional yang mempunyai 4 parti komponen, Perikatan Nasional yang mempunyai 5 parti komponen, Gabungan Parti Sarawak yang mempunyai 4 parti komponen, dan Parti Bersatu Sabah. Kabinet Dato' Sri Ismail Sabri juga disokong oleh Ahli Parlimen Bebas.
Secara keseluruhannya, ia mengekalkan majoriti anggota Kabinet Muhyiddin dengan sedikit rombakan dalam beberapa portfolio.