Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Malaysia
| Pengerusi Majlis Pemulihan Negara | |
|---|---|
| Penjawat sulung | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara adalah satu jawatan yang diwujudkan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jawatan ini menjadi rebutan Mahathir Mohamad kerana beliau yang mencadangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara yang bersifat rentas parti.
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan bahawa majlis tersebut mestilah dipengerusikan oleh beliau selaku Perdana Menteri Malaysia bagi memudahkan segala pengurusan, pentadbiran dan kelulusan atas cadangan yang diutarakan.
Jawatan ini berbeza dengan Pengerusi Majlis Gerakan Negara kerana ia tidak dipengerusikan oleh seorang Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.
Jawatan ini juga dilantik sebagai Pengerusi bertaraf Menteri. Tan Sri Muhyiddin telah menerima tawaran jawatan ini secara sukarela dan tidak menerima sebarang imbuhan.. Pada 21 Disember 2022, Perdana menteri ke 10, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Majlis Pemulihan Negara dibubarkan berkuatkuasa 21 Disember 2022. [1].