Laluan Persekutuan Malaysia 3
Laluan Persekutuan Malaysia 3 | |
|---|---|
| Maklumat laluan | |
| Panjang | 739.06 km (459.23 mi) |
| Wujud | 1866–kini |
| Sejarah | Siap pada tahun 1962 |
| Simpang utama | |
| Hujung utara | Rantau Panjang, Kelantan |
| JALAN PERSEKUTUAN LP 1 AH2 Lebuhraya Skudai LP 17 Lebuhraya Pasir Gudang LP 94 Laluan Persekutuan 94 LP 91 Laluan Persekutuan 91 LP 92 Lebuhraya Pengerang LP 99 Laluan Persekutuan 99 LP 1393 Jalan Utama Tenggaroh LP 50 Laluan Persekutuan 50 LP 63 Laluan Persekutuan 63 LP 82 Laluan Persekutuan 82 LP 230 Jalan Ceruk Paluh LP 183 Jalan Tanjung Lumpur LP 2 Jalan Gambang-Kuantan LP 14 Lebuhraya Jerangau-Jabor LP 421 Jalan Pelabuhan Kuantan LP 101 AH141 Jalan Pintasan Gebeng LP 145 LP 146 Jalan Pintasan Kemaman LP 122 Laluan Persekutuan 122 LP 124 Laluan Persekutuan 124 LP 127 Jalan Kuala Dungun LP 459 Jalan Pangkalan Ikan Cendering LP 174 Laluan Persekutuan 174 LP 3 Jambatan Manir LP 65 Jambatan Sultan Mahmud LP 65 LP 3685 Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah LP 247 Laluan Persekutuan 247 LP 84 Jalan Kampung Raja LP 4 AH140 Laluan Persekutuan 4 LP 210 Jalan Pintasan Pasir Puteh LP 211 Jalan Kubang Kerian-Bachok LP 131 Jalan Raja Perempuan Zainab I LP 8 Laluan Persekutuan 8 LP 134 Jalan Pengkalan Kubur LP 208 Jalan Tendong-Mulong LP 134 Laluan Persekutuan 130 LP 129 Laluan Persekutuan 129 LP 196 Laluan Persekutuan 196 4056 AH18 Jalan Sungai Padi LEBUH RAYA Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan Lebuhraya Penyebaran Timur Johor Bahru Lebuhraya Penyuraian Timur JB Lebuhraya Senai–Desaru Lebuhraya Senai-Desaru Lebuhraya Pantai Timur AH141 Lebuhraya Pantai Timur | |
| Hujung selatan | Johor Bahru, Johor |
| Lokasi | |
| Destinasi utama | Pasir Mas Kota Bharu Pasir Puteh Kuala Terengganu Dungun Chukai Kuantan Pekan Mersing Kota Tinggi Ulu Tiram Johor Bahru |
| Sistem lebuh raya | |
| AH18 | |
| Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri | |
Jalan Persekutuan 3 merupakan sebatang jalan persekutuan utama di sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia. Jalan persekutuan sepanjang 739 kilometer (459 bt) menghubungkan antara Rantau Panjang di Kelantan sehingga ke Johor Bahru di Johor. Keseluruhan laluan FT3 telah diwartakan sebagai sebahagian daripada Rangkaian Lebuh Raya Asia laluan AH18.
Jalan Persekutuan 3 memperoleh reputasi sebagai salah satu lebuh raya pantai terbaik di Malaysia dan Asia berikutan pemandangan yang menarik di sepanjang laluannya, sebagai mana yang diperakui oleh National Geographic Society dan Harian Metro. Jalan Persekutuan 3 dinamakan sebagai salah satu daripada 10 lebuh raya pantai terbaik di Asia oleh National Geographic Society, sementara Harian Metro memperakui lebuh raya FT3 sebagai salah satu lebuh raya terbaik dan terindah di Malaysia.