Lebuhraya Jerangau-Jabor

Laluan Persekutuan Malaysia 14
Lebuhraya Jerangau–Jabor
Maklumat laluan
Panjang179.6 km (111.6 mi)
Wujud1977–kini
SejarahSiap pada tahun 1979
Simpang utama
Hujung utaraKuala Terengganu, Terengganu
Persimpangan utama LP 3 AH18 Jalan Pintasan Kuantan
LP 101 AH141 Jalan Pintasan Gebeng
LP 3486 Jalan Semambu
Lebuhraya Pantai Timur Lebuhraya Pantai Timur
LP 126 Laluan Persekutuan 126
LP 237 Jalan Air Putih
LP 124 Laluan Persekutuan 124
LP 122 Jalan Ketengah Jaya
LP 128 Laluan Persekutuan 128
LP 132 Jalan Dungun-Bukit Besi
LP 249 Jalan FELDA Mengkawang-Bukit Diman
LP 106 Laluan Persekutuan 106
Lebuhraya Bukit Payung-Telemung
LP 3 AH18 Laluan Persekutuan 3
Hujung southJalan Pintasan Kuantan,
Kuantan Pahang
Lokasi
Destinasi
utama
Kuala Berang
Ajil
Jerangau
Bukit Besi
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
Bandar Chenih Bahru
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Lebuhraya Jerangau–Jabor, Jalan Persekutuan 14 merupakan sebatang lebuh raya persekutuan sepanjang 179.63 km dari bandar raya Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia ke Kuantan, Pahang. Lebuh raya ini dibina selari dengan Jalan Persekutuan 3 - sementara jalan FT3 merupakan jalan raya pantai, Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 pula melalui kawasan pedalaman. Walaupun jarak antara Kuala Terengganu ke Kuantan melalui kedua-dua jalan FT3 dan FT14 adalah lebih kurang sama (lebih kurang 200 km), Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 memendekkan masa perjalanan dengan lebih ketara kerana kurang bandar atau pekan yang dilaluinya. Justeru, Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 sering dijadikan laluan utama dari Pahang ke Terengganu dan sebaliknya sehinggalah siapnya Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 E8.