Kuantan
Kuantan
Kontaeng | |
|---|---|
| Bandaraya Kuantan | |
| Transkripsi lain | |
| • Tulisan Jawi | كوانتن |
| • Cina | 关丹 Guāndān (Hanyu Pinyin) Gwāandāan (Perumian Kantonis Yale) Gwaan1 daan1 (Jyutping) |
| • Tamil | குவாந்தான் Kuvāntāṉ (Transliterasi) |
Latar langit pusat bandar raya pada waktu malam | |
| Cogan kata: Indah Lestari | |
Kuantan | |
| Koordinat: 3°49′N 103°20′E / 3.82°N 103.33°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Pahang |
| Diasaskan pada | 1851 |
| Ditubuhkan pada | 1 Ogos 1913 |
| Pusat pentadbiran ditubuhkan | 27 Ogos 1955 |
| Status perbandaran diperolehi | 1 September 1979 |
| Status bandar raya diperolehi | 21 Februari 2021 |
| Pentadbiran | |
| • Badan | Majlis Bandaraya Kuantan |
| • Datuk Bandar | Dato' Zaliza Zulkipli |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 324 km2 (125 batu persegi) |
| Aras | 21.95 m (72 ft) |
| Penduduk (2020) | |
| • Jumlah | 518,014 |
| • Kepadatan | 1,600/km2 (4,100/batu persegi) |
| Demonim | Orang Kuantan |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| • Musim panas (DST) | Tidak diamalkan |
| Poskod | 25xxx, 26xxx |
| Min waktu suria | UTC+06:46:48 |
| Laman sesawang | [1] |
Kuantan (sebutan dalam loghat tempatan: Kontaeng; loghat Terengganu: Kuantang; Jawi: كوانتن) ialah sebuah bandar raya dan ibu negeri Pahang, Malaysia. Penduduk Kuantan terdiri daripada 50% orang Melayu, 37% orang Cina, 10% orang India dan 1% kaum-kaum lain. Pusat pentadbiran negeri Pahang telah berpindah ke Kuantan dari Kuala Lipis sejak dari tahun 1955.
Kuantan merupakan bandar terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, dengan kawasan metropolitannya mencakupi sehingga ke Pekan di selatan, dan Chukai, Terengganu di utara.
Berkedudukan di pesisir Laut China Selatan dan di tebing Sungai Kuantan berdekatan kualanya, Kuantan yang masyhur dengan pantai-pantainya dan mercu-mercu tanda seperti menara tinjau Kuantan 188 dan Masjid Sultan Ahmad Shah merupakan pintu masuk ke Pantai Timur bagi mereka yang datang dari arah Kuala Lumpur dan selatan Semenanjung.