Kuala Terengganu

Kuala Terengganu
Kole Tranung
Bandaraya Kuala Terengganu
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiكوالا ترڠڬانو
 • Cina瓜拉登嘉楼
Guālā Dēngjiālóu (Hanyu Pinyin)
Koe-la Teng-ka-lâu (Pe̍h-ōe-jī)
 • Tamilகோலா திராங்கானு
Kōlā Tirāṅkāṉu
(Transliterasi)
Kedudukan Daerah Kuala Terengganu di Terengganu
Kuala Terengganu
Kuala Terengganu
Kuala Terengganu (Malaysia)
Koordinat: 05°19′45″N 103°08′10″E / 5.32917°N 103.13611°E / 5.32917; 103.13611
Negara Malaysia
Negeri Terengganu
Daerah Kuala Terengganu
 Kuala Nerus
Majlis Perbandaran18 Januari 1979
Diberikan status Bandaraya1 Januari 2008
Pentadbiran
 • Datuk BandarHaji Rosli bin Latif
Keluasan
 • Jumlah605 km2 (233.59 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah343,284
 • Kepadatan557.94/km2 (1,445.07/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tiada
Poskod
20xxx
Awalan pelan nombor telefon09-6xxxxxxx
Awalan nombor plat kenderaanT
Laman sesawangmbkt.terengganu.gov.my
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "1 = other_name "
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "pushpin_label_position1"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "pushpin_map_caption1"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "pushpin_map1"

Kuala Terengganu (Sebutan bahasa Melayu Standard: [ˈkuˈala ˈtəˈrengˈganu]; sebutan dalam loghat tempatan: Kole Tranung; Jawi: کوالا ترڠݢانو; kebiasaannya diringkaskan kepada KT) ialah ibu negeri, bandar diraja, dan pusat ekonomi utama negeri Terengganu Darul Iman. Kuala Terengganu terletak sekitar 450 kilometer ke timur laut Kuala Lumpur, di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bandar raya ini terletak di muara Sungai Terengganu, berhadapan dengan Laut China Selatan.

Sebagai sebuah daerah di Terengganu, Kuala Terengganu merupakan yang terkecil dari segi keluasan, tetapi (sekiranya kawasan daerah Kuala Nerus yang terletak bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu diambilkira) ia mepunyai jumlah penduduk terbanyak di negeri ini iaitu 343,284 orang pada 2010. Status bandar raya deberikan kepada Kuala Terengganu dengan gelaran Bandaraya Warisan Pesisir Air pada 1 Januari 2008. Walaupun Kuala Terengganu tidak terkecuali daripada pemodenan dan pembangunan, ia masih mengekalkan ciri-ciri kemelayuan yang masih utuh sambil digabungkan bersama-sama warisan dan budaya lain disebabkan sejarah panjangnya sebagai pelabuhan.