Rantau Panjang

Rantau Panjang
Rata Panje
Daerah
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiرنتاو ڤنجڠ
 • Tulisan Thaiรันเตาปันจัง
ราตาปันเจ
 • Tulisan Cina长距离
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
Jajahan Pasir Mas
Daerah Rantau Panjang
Poskod
17200
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "coordinates_region"

Rantau Panjang (Jawi: رنتاو ڤنجڠ, Kelantan-Pattani: Rata Panjae/ราตาปันเจ, Bahasa Thai: รันเตาปันจัง) ialah sebuah daerah dan pekan di Pasir Mas, Kelantan, Malaysia. Rantau Panjang merupakan sebuah pekan yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan dalam kawasan barat jajahan Pasir Mas. Ia berada 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand.

Rantau Panjang terkenal dengan pelbagai barangan jualan dan cenderahati. Pemeriksaan Unit Pencegah Penyeludupan, Jabatan Kastam dan Ekais Diraja, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia menguatkuasakan sekatan di sekitar Rantau Panjang bagi megelak penyeludupan dadah, beras, gula, minyak dan sebagainya. Rantau Panjang dikenali ramai sebagai kawasan zon bebas cukai. Pelbagai barangan boleh dibeli di sana termasuk pakaian, makanan, peralatan kelengkapan rumah dan lain-lain. Juga terdapat pelbagai kedai makan di kawasan sekitar yang boleh dilawati.