Jambatan Sultan Mahmud

Jambatan Sultan Mahmud
جمبتن سلطان مهمود
Gambar yang diambil pada tahun 2017
Maklumat umum
MembawaKenderaan bermotor, basikal
Disenggarakan olehJabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Kuala Terengganu
Tapak sesawanghttp://www.marathon.terengganu.my/
Ciri-ciri
Reka bentukbox girder
BahanKonkrit
Panjang keseluruhan ()13 km (2047.149 batu)
Boleh dilalui?Ya
Bilangan lorong4
Sejarah
Pereka bentukKerajaan Persekutuan Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)
Dibina olehJabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)
Mula dibina pada1990
Dirasmikan11 Mac 1990
Perangkaan
TolDimansuhkan pada tahun 1999
Maklumat lokasi
Lokasi LP 65 Jalan Tengku Mizan,
Kuala Terengganu
NegaraMalaysia
MenyeberangiSungai Terengganu
5°19′28″N 103°07′28″E / 5.32438°N 103.124572°E / 5.32438; 103.124572
sunting · sunting di Wikidata

Jambatan Sultan Mahmud atau lebih dikenali sebagai Jambatan Duyong merupakan sebatang jambatan yang terletak di tengah-tengah Sungai Terengganu di Terengganu, Malaysia.

Jambatan ini dikenali sebagai Jambatan Duyong kerana ia merentasi Pulau Duyong, Taman Tamadun Islam (TTI) dan replika 'ALLAH SELAMATKAN TERENGGANU' di atas Bukit Besar dapat dilihat ketika merentasi jambatan ini.

Jambatan ini merupakan sebahagian daripada LP 65 Laluan Persekutuan Malaysia 65 serta mempunyai dua laluan sehala.Terdapat plaza tol di bahagian tengah jambatan tersebut namun telah dihentikan operasinya pada tahun 2000. Jambatan ini juga terletak di bahagian barat daya Istana Maziah.

Jambatan Sultan Mahmud mempunyai 3 bahagian iaitu pertama, Jambatan Selatan yang menghubungkan kawasan tebing selatan Sungai Terengganu hingga ke Pulau Duyong. Kedua, Jambatan Utara No.1 menghubungkan kawasan Pulau Besar dan tebing utara Sungai Terengganu dan yang ketiga pula, Jambatan Utara No.2 menghubungkan kawasan Pulau Duyong dan Pulau Besar.

Had laju Jambatan Sultan Mahmud ialah 90 kilometer sejam (km/j). Tambahan pula, jambatan itu dilengkapi dengan papan maklumat LED. Selain itu, jambatan ini juga menjadi tempat tumpuan untuk sebarang acara tahunan seperti Larian Jambatan Sultan Mahmud 2012.