Kota Bharu

Kota Bharu
Koto Baghu
Bandar Kota Bharu
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiكوتبهارو
 • Cina哥打峇鲁
Gēdǎ Bālǔ (Hanyu Pinyin)
Ko-tá-bâ-ló͘ (Pe̍h-ōe-jī)
 • Thaiโกตาบารู
Kotabaru (RTGS)
Nama panggilan: KB, Bandaraya Islam
Kota Bharu
Koordinat: 6°8′N 102°15′E / 6.133°N 102.250°E / 6.133; 102.250
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
Jajahan Kota Bharu
Dibuka1844
Status perbandaran1 Januari 1978
Pentadbiran
 • Yang di-Pertua MPKBMohamad Anis Bin Hussein
Keluasan
 • Jumlah115 km2 (44 batu persegi)
Penduduk
 (2022)
 • Jumlah568,900
 • Kepadatan4,900/km2 (13,000/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak dilaksanakan
Poskod
15xxx
Kod kawasan+60-09-7
Laman sesawangmpkbbri.kelantan.gov.my

Kota Bharu (loghat tempatan: Koto Baghu, Jawi: كوتبهارو, singkatan: KB) ialah ibu negeri bagi Kelantan Darul Naim, Malaysia. Bandar ini mula dibuka pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844, dan merupakan bandar tertua di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan. Kota Bharu tidak mempunyai rangkaian lebuh raya tetapi boleh dihubungi melalui lebuh raya terdekat Lebuhraya Pantai Timur dan susur keluar di Gemuroh, Kuala Terengganu seterusnya meneruskan perjalanan melalui Laluan Persekutuan 3 (FT 3 Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu) sehingga ke Kota Bharu atau menggunakan laluan Lebuhraya Utara Selatan di persimpangan Simpang Pulai yang melalui Tanah Tinggi Cameron menuju ke Gua Musang dan seterusnya ke Kota Bharu di Jalan Persekutuan 8 . Kota Bharu juga tidak mempunyai rangkaian kereta api tetapi boleh menggunakan stesen kereta api terdekat di Wakaf Bharu 5 kilometer ke utara Kota Bharu.

Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli, Gua Musang Dan Lojing.

Keistimewaan dan tempat menarik di Kota Bharu.

Kini Kota Bharu ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu.