Kesatuan Melayu Muda

Kesatuan Melayu Muda
Young Malays Union
كساتوان ملايو مودا
KMM
SingkatanKMM
Pemimpin/ketuaIbrahim Yaakob (pengasas dan pemimpin)
DiasaskanMei 1937
Dibubarkan1945
Didahului olehMalay Youth League
Digantikan olehParti Kebangsaan Melayu Malaya
Ibu pejabatMalaysia
AkhbarWarta Malaya (Singapura)
IdeologiNasionalisme Marhaenisme
Kedudukan politikHaluan kiri
Hubungan serantauParti Nasional Indonesia
WarnaMerah, putih
SloganMerdeka!
LaguIndonesia Raya
  • Politik Malaya
  • Parti politik
  • Pilihan raya
sunting · sunting di Wikidata


Kesatuan Melayu Muda (KMM) (Jawi: كساتوان ملايو مودا, atau Bahasa Inggeris:Young Malays Union) ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Baru, Kuala Lumpur, ibu negara Negeri-negeri Melayu Bersekutu oleh Ibrahim Yaakob dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) bagi melindungi hak-hak orang Melayu dan menentang penjajahan British.

KMM merupakan pertubuhan politik bersifat kebangsaan yang pertama di British Malaya. Pertubuhan ini berhasrat untuk menggulingkan pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu dengan tindakan keras dan menyatukan Tanah Melayu dengan Republik Indonesia di bawah panji Indonesia Raya. Perjuangan kaum nasionalis melayu kiri ini amat dikhawatiri dapat mengganggu kepentingan kepentingan pihak British apabila Tanah Malaya merdeka di kemudian hari.

Nama asal KMM ialah Malay Youth League kerana hendak meniru Turki yang meneladani Barat. Atas usul Abdul Samad Ahmad, nama ditukar kepada kepada Kesatuan Melayu Muda, mencontohi 'Turki Muda' yang terkenal di kalangan orang Melayu saat itu.