Ibrahim Yaakob

Ibrahim Hj Yaakob atau IBHY lahir pada 27 November 1910 di Tanjung Kertau, Temerloh, Pahang - meninggal pada 8 Mac 1979 di Jakarta, Indonesia Jenazah beliau disemadikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta. Pada batu nisannya, tercatat nama Iskandar Kamel Agastya. (IBHY), Leftenan Kolonel purnawirawan TNI-AD, NRP 26217.

Ibrahim Yaakob adalah presiden dan pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan tokoh politik Melayu pertama yang menentang kerajaan penjajah British. Matlamat Kesatuan Melayu Muda adalah mencapai kemerdekaan bagi Malaya melalui penyatuan bersama Republik Indonesia di bawah konsep Indonesia Raya. Sebagai pengasas Kesatuan Melayu Muda, dia menyambut baik dan bekerjasama dengan pihak Jepun kerana dia percaya Jepun akan memberikan kemerdekaan pada Malaya dan secara aktif membantu Jepun melalui aktiviti gerakan kelima. Ibrahim dilatih selama enam bulan dan sebelum Jun 1944 dia dilantik sebagai Komandan Giyuugun dengan pangkat Leftenan Kolonel. Dengan bantuan tentera Jepun pasukan Giyuugun telah ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Sumatera.

Namun begitu, Beliau mahu negara Malaysia bergabung dengan Indonesia ditolak oleh Dato Onn Jaffar kerana risau akan kedudukan dan kuasa orang Melayu hilang kepada Indonesia yang mementingkan pembangunan and pemerintahan berdasarkan Pulau Jawa.Dato Oon Jaafar juga ingin Malaysia merdeka sebagai negara Islam.Beliau juga kehilangan kepercayaan raja-raja kerana memebawa Tanah Melayu di bawah Jepun.

Malangnya, beliau telah dituduh sebagai Tali barut Jepun kerana ingin Jepun membantu kemerdekaan seperti diharapkan oleh Soekarno sebelum memerangi Jepun yang mengalah kepada kuasa Barat Dan mendekelarasi kemerdekaan. Akibat tekanan dan ancaman tersebut, Ibrahim terpaksa melarikan diri ke Indonesia, di mana beliau meneruskan perjuangannya hingga akhir hayat. Beliau merupakan tokoh terkenal di Tanah Melayu, pelbagai tempat bersejarah diletakkan bersempena nama beliau.