Indonesia raya

Indonesia Raya merupakan konsep politik yang bertujuan untuk mempersatukan rakyat Tanah Melayu ke dalam Bangsa Indonesia yang terpisah dalam wilayah koloni Britania Raya di Semenanjung Malaya dan Borneo Utara (wilayah yang kini membentuk negara Malaysia, Singapura, dan Brunei), dengan Hindia Belanda (kini Indonesia), serta wilayah koloni Portugis di Timor Leste menjadi satu negara bangsa yang merdeka dan berdaulat pada tahun 1945.

Penamaan Melayu Raya mulanya diajukan oleh para pelajar dan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaya Britania, pada tahun 1920-an, dan kemudian idea yang sama lebih masyhur dikenali sebagai Indonesia Raya sebagaimana dilaungkan oleh para tokoh politik Hindia Belanda daripada Sumatra dan Jawa, seperti Muhammad Yamin dan Sukarno pada tahun 1940-an semasa rundingan Badan Penyelidik Usaha-usaha Persiapan Kemerdekaan (BPUPKI). Meski sekilas nampak sama, nyatanya konsep Melayu Raya dan Indonesia Raya mempunyai perbezaan, khasnya pada terma 'Melayu' yang digunakan secara berbeza di Hindia Belanda dan Malaya Britania.

Meskipun demikian, nasionalis melayu yang terpengaruh pemikiran Indonesia, seperti Ibrahim Yaakob, memilih menyebut idea ini sebagai Indonesia Raya atau menggunakan kedua nama secara bergantian. Ianya pula pernah mengatakan bahawa tujuan dari Melayu Raya itu pada akhirnya adalah Indonesia Raya.