Bahasa Mandarin
- Artikel ini berkenaan semua dialek Bahasa Cina utara. Untuk merujuk kepada bahasa Cina piawai yang rasmi (Putonghua/Guoyu), lihat Bahasa Mandarin Baku.
| Bahasa Mandarin | |
|---|---|
Tulisan Mandarin dalam Aksara Cina (kiri: ringkas, kanan: tradisional) | |
| Asli kepada | China, Taiwan |
| Kawasan | utara, tengah, barat daya tanah besar Cina |
| Penutur | L1: 990 juta (2022) (2022) L2: 194 juta (anggaran) Jumlah: 1.18 bilion (2022) |
Sino-Tibet
| |
Bentuk awal | Proto-Sino-Tibet
|
Bentuk piawai | Bahasa Cina Piawai
(Putonghua, Guoyu) |
| Dialek/loghat |
|
Transkripsi:
| |
Bentuk bahasa isyarat | Bahasa Isyarat Cina |
| Kod bahasa | |
| ISO 639-3 | cmn |
| Glottolog | mand1415 |
| Linguasphere | 79-AAA-b |
Kawasan Mandarin di China setakat 1987, termasuk loghat Sichuan, Lembah Yangtze dan Jin (hijau muda) | |
Negara dan wilayah yang menggunakan Mandarin sebagai L1 atau L2
Majoriti bahasa ibunda
Bahasa rasmi de facto atau statutori
>1 juta penutur
>500,000 penutur
>100,000 penutur | |
| Bahasa Mandarin | |||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tulisan Cina Ringkas | 官话 | ||||||||||||||||||||
| Tulisan Cina Tradisional | 官話 | ||||||||||||||||||||
| Maksud harfiah | Ucapan rasmi | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
| Bahasa Cina Utara | |||||||||||||||||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 北方话 | ||||||||||||||||||||
| Tulisan Cina Tradisional | 北方話 | ||||||||||||||||||||
| Maksud harfiah | Ucapan utara | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Bahasa Mandarin (Cina ringkas: 官话; Cina tradisional: 官話; pinyin: Guānhuà) merupakan cabang terbesar dalam bahasa Sinitik yang dituturkan penduduk di kebanyakan kawasan utara dan barat daya tanah besar Cina merentasi kawasan geografi yang luas dari Yunnan di barat daya hingga ke Xinjiang di barat laut dan Heilongjiang di timur laut. Varian-varian bahasa ini dituturkan oleh kira-kira 70% daripada keseluruhan penutur bahasa Cina di kawasan ini disebarkan oleh kemudahan pengangkutan dan komunikasi di Dataran Utara berbanding kawasan selatan yang lebih bergunung-ganang, serta peluasan penggunaan Mandarin ke kawasan sempadan dalam tempoh yang lebih terkini. Kebanyakan ibu kota dalam sepanjang sejarah negeri Cina berada dalam kawasan pertuturan bahasa Mandarin, menjadikan dialek ini sangat berpengaruh. Sejak abad ke-14, bentuk tertentu Mandarin telah digunakan sebagai lingua franca dalam kalangan isi istana, para pegawai menteri dan para hakim kerajaan-kerajaan yang wujud sepanjang sejarah negeri Cina – nama Mandarin serapan Portugis mandarim lanjut dari kata منتري menteri dalam bahasa Melayu semasa dunia Barat mula giat berhubung pada zaman-zaman dinasti Ming dan Qing dari singgahan di Melaka. Sejak pembentukan republik, ia dijadikan bahasa rasmi pemerintahan-pemerintahan kemudiannya bertapak di China (bahasa baku berasaskan dialek Beijing) dan Taiwan, ia juga telah menjadi antara bahasa rasmi Singapura sampai menjadi salah satu daripada enam bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Jika dipandang sebagai bahasa tunggal, seperti yang sering dilakukan dalam kegunaan akademik, dialek-dialek Mandarin lebih ramai penutur asalnya berbanding mana-mana bahasa lain. Ia juga merupakan bahasa Cina yang paling kerap diajar sebagai bahasa asing. Peningkatan penghijrahan dari wilayah pertuturan Mandarin di China dan Taiwan juga menyebabkan bahasa ini menjadi salah satu varian bahasa Cina yang paling banyak digunakan dalam kalangan diaspora Cina.
Banyak varian Mandarin, seperti Mandarin Barat Daya (termasuk loghat Sichuan) dan Mandarin Lembah Yangtze, tidak boleh difahami bersama dengan loghat Beijing (atau hanya difahami sebahagiannya). Walau bagaimanapun, Mandarin sebagai satu kumpulan sering tersenarai di tempat pertama dalam senarai bahasa mengikut jumlah penutur asli (dengan hampir satu bilion penutur). Oleh kerana Mandarin berasal dari China Utara dan kebanyakan varian Mandarin ditemui di utara, kumpulan ini kadangkala disebut sebagai Bahasa Cina Utara (Cina ringkas: 北方话; Cina tradisional: 北方話; pinyin: Běifānghuà; har. 'ucapan utara').
Kebanyakan varian bahasa Mandarin mempunyai empat nada. Konsonan akhir dalam Bahasa Cina Pertengahan telah hilang dalam kebanyakan varian ini, tetapi ada juga yang mengekalkannya dalam bentuk hentian glotis terakhir. Banyak varian Mandarin, termasuk loghat Beijing, mengekalkan konsonan retrofleks awal, yang telah hilang dalam bahasa Cina selatan.