Nada (linguistik)

Sesebuah bahasa yang bernada mempunyai tinggi naik sebutan yang membezakan makna leksikal antara perkataan yang berbunyi hampir sama atau untuk tujuan tatabahasa melalui tasrif.

Corak nada khas bahasa seperti itu kadang-kadang disebut tonem seumpama fonem. Ciri ini paling umum pada sebanyak tujuh puluh peratus bahasa dunia dalam rumpun-rumpun Kra–Dai (termasuk bahasa Thai), Vietic, Sino-Tibet (termasuk Bahasa Cina yang paling dikenali), Afroasia, Khoisan, Niger-Congo dan Nilo-Sahara.