Zhuyin

Zhuyin/Bopomofo
Jenis tulisan
Alfabet
dengan ciri-ciri abugida
Tempoh masa
1913 hingga kini, digunakan sebagai aksara rubi
Arah tulisanLeft-to-right, right-to-left 
Bahasa-bahasaBahasa Mandarin Baku
Tulisan berkaitan
Sistem tulisan induk
Aksara Cina
  • Zhuyin/Bopomofo
ISO 15924
ISO 15924Bopo (), ​Bopomofo
Unikod
Alias Unikod
Bopomofo
Sejarah Huruf

Zaman Gangsa Pertengahan 19–15 SM

Maruwi 3 SM
Salasilah lengkap

Zhuyin fuhao (Cina Tradisional: 注音符號, Cina Ringkas: 注音符号, pinyin: Zhùyīn fúhào), atau "Simbol-simbol Anotasi Bunyi", sering diringkaskan sebagai Zhuyin, atau juga dikenali sebagai Bopomofo (ㄅㄆㄇㄈ) sempena empat aksara pertama aksara fonemik bahasa Cina (bo po mo fo), merupakan sistem fonetik kebangsaan Taiwan bagi mentranskripsi bahasa Cina, terutamanya bahasa Mandarin, untuk orang-orang yang belajar membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa ini.

Sistem ini menggunakan 37 simbol khas untuk mewakili bunyi-bunyi bahasa Mandarin: 21 konsonan dan 16 vokal. Setiap simbol melambangkan sekumpulan bunyi-bunyi tanpa banyak kekaburan, serta juga dijadikan asas untuk Braille bahasa Cina.