Dinasti Qing
Ching Besar | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1644–1912 | |||||||||
| |||||||||
| Lagu kebangsaan: 《鞏金甌》 ”Gong Ching'ou" | |||||||||
Kawasan pengaruh Qing terkemuncak, 1890 | |||||||||
| Status | = 0 | ||||||||
| Ibu negara | Beiching | ||||||||
| Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Mandarin, Bahasa Manchu, Bahasa Mongolia, Bahasa Tibet, Turki (Uyghur), banyak bahasa rantau dan jenis Cina | ||||||||
| Agama | Shamanisme, Paganisme, Confucianisme, Buddha, Tao, Agama Kristian, Agama Purba Lampau Rakyat,Agama Islam, lain-lain | ||||||||
| Kerajaan | Perintah mutlak | ||||||||
| Maharaja | |||||||||
• 1644–1661 | Maharaja Shun Chi | ||||||||
• 1908–1912 | Maharaja Cu An Tung | ||||||||
| Pemangku raja | |||||||||
• 1908–1912 | Permaisuri Besar Long Yu | ||||||||
| Perdana Menteri | |||||||||
• 1911 | Yi Ku Ang | ||||||||
• 1911 – 1912 | Yuan Shi Kai | ||||||||
| Era Sejarah | Zaman Empayar | ||||||||
• Kejatuhan Kerajaan Ming | 25 April 1644 | ||||||||
• Perang Shang Hai | 27 Mei 1644 | ||||||||
• Perang China-Jepun | 1 Ogos 1894–17 April 1895 | ||||||||
• Pemberontakan Wu Chang | 10 10, 1911 | ||||||||
• Perubahan Ching Hai | 12 Feb 1912 | ||||||||
| Keluasan | |||||||||
| 1760 | 13,150,000 km2 (5,080,000 bt2) | ||||||||
| |||||||||
| Sekarang sebahagian dari | Republik Rakyat China Taiwan Mongolia Kazakhstan Pakistan Kyrgyzstan Rusia Tajikistan India | ||||||||
Kerajaan Dinasti Qing (Bahasa Cina: 清朝; pinyin: Qīng cháo; Bahasa Manchu: daicing gurun; bahasa Mongolia: Манж Чин Улс), juga dikenali sebagai Bangsa Manchu, ialah Kerajaan Manchu yang mengganti Kerajaan Maharaja (Dinasti) Ming dan memerintah dari tahun 1644 hingga 1911.
Kerajaan ini ditubuh bangsa Manchu dari keluarga Manchu, Aisin Gioro bertempat yang kini sebagai China timur laut/Manchuria.
Sejak tahun 1644 Kerajaan Manchu berkembang ke Tanah Besar China/ Tiongkok (kawasan diduduki bangsa Cina) dan kawasan sekitarnya, lalu tertubuh Kerajaan Manchu Besar (Cina Ringkas: 大清国; Cina Tradisional: 大清國; pinyin: dàcīngguó). Kerajaan Manchu merupakan sebuah Kerajaan Pemerintahan di China Di isytiha kan sebagai Kerajaan Jin Akhir pada tahun 1616, namanya ditukar kepada qing "Ching" yang bermaksud "jelas" atau "jernih",pada 1636 dan menawan Peking pada tahun 1644.
Menjelang 1646, kerajaan ini memperoleh kuasa di kebanyakan wilayah besar China,namun keamanan semula di seluruh Tanah Besar Cina tak usai menjelang 1683.
Ketika pemerintahannya, Kerajaan Manchu Ching banyak terserap dengan budaya Cina.
Namun, ketenteraan menjadi lemah pada abad ke-19, maka kerajaan ini berhadapan dengan tekanan asing, rusuhan besar-besaran serta kekalahan perang. Kerajaan Qing merundum selepas pertengahan abad ke-19.
Kerajaan ini diguling sejurus rusuhan Pemberontakan Xin Hai,apabila Maharani Balu Long Yu turun takhta bagi pihak Maharaja Pu Yi terakhir, pada 12 Februari 1912.