Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka
کسلطانن ملايو ملاک
1400–1528
Bendera
Keluasan wilayah pada abad ke-15
Ibu negaraMelaka
Bahasa yang umum digunakanBahasa Melayu Klasik
Agama
Islam, Ahli Sunah Waljamaah
KerajaanRaja mutlak
Sultan 
• 1400–1414
Parameswara
• 1414–1424
Megat Iskandar Shah
• 1424–1444
Muhammad Shah
• 1444-1446
Abu Syahid Shah
• 1446-1459
Muzaffar Shah
• 1459-1477
Mansur Shah
• 1477–1488
Alauddin Riayat Shah
• 1488–1511
Mahmud Shah
• 1511–1513 (de facto)
Ahmad Shah
• 1513–1528
Mahmud Shah (Pemerintahan ke-2)
Bendahara 
• 1510–1511
  • Bendahara Seri Wak Raja I, Tun Perpatih Permuka Berjajar, Radin Bagus
  • Bendahara Seri Amar Di Raja, Radin Anum
  • Bendahara Seri Wak Raja II, Tun Perpatih Sedang bin Tun Perpatih Permuka Berjajar
  • Bendahara Seri Nara Di Raja, Tun Ali bin Raja Benua Kaling Mani Purindam
  • Bendahara Seri Paduka Raja, Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang
  • Tun Perpatih Putih bin Tun Perpatih Sedang
  • Bendahara Seri Tun Mutahir bin Tun Ali
  • Bendahara Seri Paduka Tuan, "Bendahara Tepok"
Sejarah 
• Didirikan
1400
• Penaklukan Melaka (1511)
  • Berpecah kepada pemerintahan Kesultanan Johor & Kesultanan Perak (1529)
1528
Mata wangEmas dan perak
Didahului oleh
Diganti oleh
Kerajaan Singapura Lama
Melaka Portugis
Kesultanan Johor-Riau
Kesultanan Perak
Kesultanan Pahang
Sekarang sebahagian dari Malaysia
 Indonesia
 Singapura
 Thailand

Kesultanan Melayu Melaka (Jawi: ‏کسلطانن ملايو ملاک‎‎) atau Kemaharajaan Melayu Melaka (Jawi: ‏ کماهاراجاءن ملايو ملاک‎‎) merupakan sebuah Empayar Islam Melayu yang berpusat di Melaka, ditubuhkan sekitar tahun 1400 oleh Parameswara, seorang keturunan raja Empayar Hindu-Buddha Melayu Srivijaya dari Palembang, Sumatra. Baginda kemudiannya dikenali sebagai Iskandar Shah selepas memeluk Islam menerusi perkahwinannya dengan seorang puteri Kesultanan Samudera Pasai, Aceh yang merupakan kerajaan Islam yang pertama di Nusantara. Pemerintahannya pada abad ke-15 telah mengasaskan Melaka yang menjadi pelabuhan perdagangan antarabangsa dan pusat ilmu Islam utama di Nusantara. Empayar ini menguasai Selat Melaka dan wilayah yang meliputi Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau, serta pantai utara Sumatera. Sebagai pusat penyebaran Islam, bahasa Melayu Klasik, dan budaya Melayu, kesultanan ini amat berpengaruh dalam pembentukan alam Melayu. Kejatuhan Melaka adalah kerana penaklukan Empayar Kristian Portugis pada 1511, namun budaya warisannya terus mengakar dalam istiadat kesultanan-kesultanan Melayu lain di sekitar Nusantara sehingga ke hari ini.