Parameswara

Parameswara
Gambaran realistik Parameswara berdasarkan lakaran dengan menggunakan AI.
Sultan Melaka Pertama
Pemerintahan1402–1414
Didahului olehKerajaan ditubuhkan
Diikuti olehMegat Iskandar Syah
Raja Singapura ke-5
Pemerintahan1389–1398
Didahului olehSeri Maharaja
Diikuti olehKerajaan dibubarkan
Keputeraan1344
Palembang
Kemangkatan1414 (umur 70)
Melaka, Kesultanan Melaka
PemakamanTanjung Tuan, Melaka atau Bukit Larangan, Singapura
AnakandaMegat Iskandar Syah
KerabatMelaka
AyahandaSeri Maharaja
AgamaHindu Islam pada tahun 1414

Parameswara (Jawi: ڤرميسورا) , juga dikenali sebagai Iskandar Shah dalam Sulalatus Salatin, merupakan raja terakhir Kerajaan Temasek (Singapura) dan pengasas Kesultanan Melayu Melaka dari keturunan raja Palembang, Sumatra. Menurut rekod sejarah Sulalatus Salatin, baginda memerintah Kerajaan Temasek dari tahun 1389 hingga tahun 1398, kemudian mengundurkan diri ke muara Sungai Bertam pada 1402 setelah diserang oleh tentera laut Empayar Majapahit pada tahun 1398.

Dalam beberapa dekad, bandar baharu yang diasaskan baginda di muara Sungai Bertam itu berkembang dengan pesat dan menjadi ibu kota Kesultanan Melayu Melaka. Riwayat Portugis yang ditulis ratusan tahun selepas kemangkatan baginda mencadangkan bahawa baginda berasal dari Palembang dan takhta Kerajaan Temasek dirampas baginda sebelum dihalau dari Singapura, sama ada oleh orang Siam atau Kerajaan Majapahit sebelum mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka.