Pilihan raya umum Malaysia 1964


25 April 1964

104 daripada 159 kerusi dalam Dewan Rakyat
53 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar2,681,895
Pengundi hadir80.03%
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
  Fail:- Fail:-
Pemimpin Tunku Abdul Rahman Tan Chee Khoon Burhanuddin al-Helmy
Parti Perikatan BS PAS
Pilihan raya
lepas
74 kerusi, 51.8% 8 kerusi, 12.9% 13 kerusi, 21.3%
Kerusi yang
dimenangi
89 2 9
Perubahan kerusi 15 6 4
Undian popular 1,204,340 330,898 301,187
Peratusan 58.5% 16.1% 14.6%
Peralihan undi 6.7% 3.2% 6.7%

  Parti keempat Parti kelima Parti keenam
  Fail:-
Pemimpin Lim Chong Eu D. R. Seenivasagam Lee Kuan Yew
Parti DUP PPP PAP
Pilihan raya
lepas
Baharu 4 kerusi, 6.3% Baharu
Kerusi yang
dimenangi
1 2 1
Perubahan kerusi 2 0
Undian popular 88,223 69,898 42,130
Peratusan 4.3% 3.4% 2.0%


Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Tunku Abdul Rahman
Perikatan

Perdana Menteri dilantik

Tunku Abdul Rahman
Perikatan


Pilihan raya umum Malaysia 1964 merupakan pilihan raya umum yang pertama selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, serta pilihan raya umum yang kedua selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Pilihan raya ini telah diadakan pada hari Sabtu, 25 April 1964. Pilihan raya ini juga tidak melibatkan negeri Sarawak, Sabah dan Singapura, dan hanya diadakan di 104 daripada 159 kawasan persekutuan.

Parti Perikatan memperoleh lebih 58 peratus daripada jumlah undi dan telah berjaya memenangi 89 daripada 104 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya ini. Parti pembangkang hanya memenangi 15 kerusi, terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia yang memenangi sembilan kerusi, Barisan Sosialis dan Parti Progresif Penduduk yang memenangi dua kerusi, serta Parti Demokratik Bersatu dan Parti Tindakan Rakyat yang memenangi satu kerusi.

Memandangkan pilihan raya ini merupakan yang pertama selepas pembentukan Malaysia, pilihan raya tidak diadakan di Sabah, Sarawak dan Singapura. Sebaliknya, Dewan Undangan Negeri-negeri tersebut telah diberikan kebenaran untuk melantik wakil Parlimen mereka hingga pilihan raya akan datang. Tiga negeri tersebut telah diperuntukkan sebanyak 55 kerusi dalam Dewan Rakyat, iaitu 15 kerusi bagi Singapura, 16 bagi Sabah dan 24 bagi Sarawak.

Pilihan raya negeri juga telah diadakan pada hari yang sama di setiap 282 kawasan negeri di 11 daripada 14 negeri Malaysia (kecuali Sabah, Sarawak dan Singapura), bagi memilih seorang ahli majlis bagi Dewan Undangan Negeri. Parti Perikatan telah berjaya membentuk kerajaan di kesemua negeri, kecuali Kelantan yang dimenangi PAS.