Persatuan Cina Malaysia
| Persatuan Cina Malaysia | |||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tulisan Cina Tradisional | 馬來西亞華人公會 | ||||||||||||||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 马来西亚华人公会 | ||||||||||||||||||
| Hanyu Pinyin | Mǎláixīyà Huárén Gōnghuì | ||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Persatuan Cina Malaysia (Inggeris: Malaysian Chinese Association, Cina Ringkas: 马来西亚华人公会, akronim: MCA) adalah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden Wee Ka Siong. MCA merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang merupakan sebahagian daripada gabungan parti pemerintah bagi kerajaan persekutuan bersama Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti-parti lain yang dan merupakan parti pemerintah bagi kerajaan negeri Melaka dan Johor. Setiausaha Agung MCA ialah Chong Sin Woon. Ketua Pemuda MCA ialah Ling Tian Soon manakala Ketua Wanita MCA pula ialah Wong You Fong.
Parti ini mendapat asasnya daripada gerakan Kuomintang yang bertapak di Tanah Melayu British sekitar tahun 1930-an melawan Parti Komunis Malaya seiringan perjuangan parti tersebut dipegang Republik China yang mahu merampas kuasa ke atas Tanah Besar China dari Parti Komunis China. Ia ditubuhkan secara rasminya pada 24 Februari 1949 dengan galakan Pentadbiran Tentera British yang mendokong gagasan pendirian anti-radikalnya yang alternatif pada ketika itu.