Angkatan Pertahanan Diri Jepun
| Angkatan Pertahanan Diri Jepun 日本国自衛隊 | |
|---|---|
Bendera Angkatan Pertahanan Diri Jepun | |
| Diasaskan | 1 Julai 1954 |
| Cabang khidmat | |
| Ibu pejabat | Kementerian Pertahanan, Tokyo, Jepun |
| Kepimpinan | |
| Panglima tertinggi | Perdana Menteri Shigeru Ishiba |
| Menteri Pertahanan | Gen Nakatani |
| Usia masuk tentera | 18-32 tahun layak untuk kemasukan |
| Pengerahan | Tiada |
| Kakitangan aktif | 251,500 |
| Kakitangan simpanan | 56,000 |
| Perbelanjaan | |
| Bajet | ¥6.82 trilion (AS$51.4 bilion) (2023) |
| Peratusan KDNK | 1.19% (2023) |
| Industri | |
| Pembekal domestik | * Mitsubishi Heavy Industries
|
| Pembekal luar | * Australia |
| Import tahunan | US$5.68 bilion (2010–2021) |
| Eksport tahunan | US$6 juta (2010–2021) |
| Rencana berkaitan | |
| Sejarah | Sejarah tentera Jepun Senarai perang melibatkan Jepun
|
| Pangkat | Pangkat dan lencana tentera Jepun |
Angkatan Pertahanan Diri Jepun (自衛隊, Jieitai), JSDF, juga dirujuk sebagai Angkatan Pertahanan Diri (SDF), Angkatan Pertahanan Jepun (JDF), atau angkatan tentera Jepun, adalah angkatan tentera bersepadu Jepun yang ditubuhkan pada tahun 1954, dan dikawal selia oleh Kementerian Pertahanan. JSDF disenaraikan sebagai angkatan tentera keempat paling kuat di dunia bagi keupayaan konvensional dalam laporan Credit Suisse pada tahun 2015 dan ia mempunyai belanjawan tentera kelapan terbesar dunia. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mereka telah terlibat dalam operasi pengaman antarabangsa termasuklah Pasukan Pengaman PBB.
Ketegangan, terutamanya dengan Korea Utara, telah mencetuskan perdebatan status JSDF dan hubungannya dengan masyarakat Jepun. Garis panduan tentera pada Disember 2010 telah memfokuskan semula JSDF daripada bekas Soviet Union (sekarang Rusia) memberi tumpuan kepada China, terutamanya mengenai wilayah rebutan Kepulauan Senkaku. Kerjasama telah meningkat antara Amerika Syarikat, United Kingdom, India, Korea Selatan dan Australia.