Honda

Honda
Nama asli本田技研工業株式会社
Honda Giken Kogyo Kabushiki-gaisha
Jenis/bentuk sahSyarikat awam
Didagangkan sebagaiTYO: 7267
NYSE: HMC
ISINJP3854600008 
IndustriAutomotif
Penerbangan
Telematik
DitubuhkanHamamatsu, Jepun (24 September 1948 (1948-09-24))
PengasasSoichiro Honda
Takeo Fujisawa
Ibu pejabatMinato, Tokyo, Jepun
Kawasan perkhidmatanAntarabangsa
Tokoh pentingTakanobu Ito (Presiden, CEO dan Pengarah Wakil)
KeluaranKereta
Motosikal
Skuters
Penjana elektrik
Pam air
Penyelenggaraan landskap
Tiler
Bot motor
Robot
Pesawat jet
Enjin jets
Sel solar filem nipis
Internavi
Hasil ¥9.877 trillion (2013)
Pendapatan kendalian ¥544.8 billion (2013)
Pendapatan bersih ¥367.1 billion (2013)
Jumlah aset ¥11.780 trillion (2012)
Jumlah ekuiti ¥4.402 trillion (2012)
PemilikJapan Trustee Services Bank, The Master Trust Bank of Japan, Chase Bank, Meiji Yasuda Life, Tokio Marine 
Bilangan kakitangan179,060 (2012)
PembahagianHonda
Motosikal Honda
Anak syarikat
List
  • Pengangkutan
    • American Honda Motor Company
      • Acura
      • Honda Aircraft Company
      • HPD
    • Honda Automobile (China) Company(50%)
      • Guangqi Honda Automobile(50%)
        • Li Nian (Everus)
    • Honda Seil Cars India
      • Honda Motorcycle and Scooter India
    • Dongfeng Honda(50%)
    Pengangkutan udara
    • Honda Airways
    Sukan Enjin
    • GE Honda Aero Engines(50%)
    International
    • Honda Pakistan
    • Honda Canada Inc.
    • Honda Taiwan
    • Honda UK ltd.
Tapak webworld.honda.com
sunting · sunting di Wikidata

Honda Motor Company, Ltd. (Jepun: 本田技研工業株式会社, Hepburn: Honda Giken Kōgyō KK, IPA: [honda]  ( dengar)) (TYO: 7267 ) ialah sebuah syarikat pengeluaran Automotif Jepun yang ditubuhkan oleh Soichiro Honda pada tahun 1946. Pada awalnya, syarikat ini dikenali sebagai "Institut Penyelidikan Teknik Honda" di Hamamatsu, Jepun, dan dua tahun kemudian nama syarikat bertukar kepada Syarikat Honda Motor.

Pada peringkat awal, Honda menumpukan perhatian kepada penyelidikan dan pengeluaran motosikal. Produk awal Honda ialah motosikal 50 cc, dengan setengah kuasa kuda yang dikenali sebagai 'Jenis-A'. Pada waktu itu, penyelidikan Honda sangat dipengaruhi oleh Perang Dunia II di mana petrol sukar diperolehi dan pengangkutan awam sangat tidak efisien akibat peperangan. Honda pernah mengeluarkan bahan bakar sendiri yang diperbuat daripada pokok pinus. Kereta pertama Honda dikeluarkan pada tahun 1963, iaitu kereta dua tempat duduk. Pada masa kini, kenderaan buatan Honda telah menjadi ikon dunia.

Syarikat ini merupakan pengeluar motosikal terbesar dunia sejak 1959 dengan capaian pengilangan sebanyak 400 unit hujung tahun 2019, serta pengeluar enjin pembakaran dalam terbesar ikut perkiraan dengan lebih 14 juta unit setahun. Honda tidak sahaja menjadi pengeluar automobil kedua terbesar Jepun dari tahun 2001, malah juga pengeluar kelapan terbesar dunia tahun 2015.