Mohd Nassuruddin Daud
Mohd Nassuruddin Daud S.J.M.K. D.J.M.K. J.M.K. | |
|---|---|
| محمد ناصر الدين داود | |
| Menteri Besar Kelantan ke-19 | |
| Menyandang jawatan 15 Ogos 2023 | |
| Raja | Sultan Muhammad V |
| Didahului oleh | Ahmad Yakob |
| Kawasan pilihan raya | Meranti |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan & Perhubungan Awam) | |
| Dalam jawatan 8 Mei 2013 – 15 Ogos 2023 | |
| Raja | Sultan Muhammad V |
| Menteri Besar ke-19 | Ahmad Yakob |
| Timbalan | Md Yusnan Yusof (2018–2021) |
| Didahului oleh | Mohd Amar Abdullah (Pembangunan Islam & Dakwah) Mohamed Fadzli Hassan (Maklumat & Perhubungan Awam) |
| Digantikan oleh | Mohd Asri Mat Daud |
| Kawasan pilihan raya | Meranti |
| Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
| Dalam jawatan 28 April 2008 – 12 Jun 2013 | |
| Raja | Sultan Ismail Petra (2008–2010) Sultan Muhammad V (2010–2013) |
| Timbalan | Mohamad Zaki Ibrahim |
| Menteri Besar | Nik Abdul Aziz Nik Mat |
| Didahului oleh | Wan Abdul Rahim Wan Abdullah |
| Digantikan oleh | Abdullah Ya'kub |
| Kawasan pilihan raya | Meranti |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Meranti | |
| Menyandang jawatan 25 April 1995 | |
| Didahului oleh | Zakaria Ismail (PAS) |
| Majoriti | 2,076 (1995) 3,018 (1999) 2,105 (2004) 3,135 (2008) 3,933 (2013) 6,100 (2018) 9,154 (2023) |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
| 1995–2020 | Parti Islam Se-Malaysia |
| 2020– | Perikatan Nasional |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohd Nassuruddin bin Daud 4 Oktober 1965 Pasir Mas, Kelantan, Malaysia |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
| Gabungan politik lain | Angkatan Perpaduan Ummah (APU) (1990–1996) Barisan Alternatif (BA) (1999–2004) Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Gagasan Sejahtera (GS) (2015–2020) Perikatan Nasional (PN) (sejak 2020) |
| Pasangan | YABhg Datin Panglima Perang Hajah Wan Nor Hanita Wan Yaakob |
| Anak | 10 |
| Tempat belajar | Universiti Al-Azhar |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Ahli agama |
Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud (lahir 4 Oktober 1965) merupakan ahli politik dan ahli agama Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan sejak Ogos 2023 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan (ADUN) bagi Meranti sejak April 1995. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Rakyat (PR), Gagasan Sejahtera (GS) dan Perikatan Nasional (PN) di bawah bekas Menteri Besar, Ahmad Yakob dari Mei 2013 kepada kenaikan jawatan Menteri Besar pada 8 Ogos 2023 serta Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan dari April 2008 sehingga Jun 2013. Beliau adalah ahli dan Ketua Penerangan Negeri Kelantan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen PN dan dahulunya GS, PR, Barisan Alternatif (BA) dan Angkatan Perpaduan Ummah (APU).