Kawasan Kuala Lumpur Raya
Kuala Lumpur Raya | |
|---|---|
| Konurbasi Pertumbuhan Nasional | |
Imej satelit kawasan Kuala Lumpur Raya | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri dan Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur Putrajaya Selangor Negeri Sembilan Pahang Perak |
| Bandar utama | Kuala Lumpur |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 7,143.44 km2 (2,758.10 batu persegi) |
| Penduduk (2018) | |
| • Jumlah | 7,564,000 |
| • Kepadatan | 2,708/km2 (7,010/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| Kod Kawasan | 03, 05, 06, 09 |
Kuala Lumpur Raya (Jawi: كوالا لومڤور راي; bahasa Inggeris: Greater Kuala Lumpur), juga dikenali sebagai Konurbasi Pertumbuhan Nasional (NGC) di dalam Rancangan Fizikal Negara, merupakan sebuah kawasan metropolitan yang meliputi keseluruhan kawasan Lembah Klang (Selangor dan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya), kawasan Lembah Wawasan Malaysia di barat Negeri Sembilan, sebahagian Daerah Bentong di barat negeri Pahang dan Tanjung Malim di selatan negeri Perak.
Ia merupakan kawasan metropolitan yang terbesar di Malaysia, ke-30 terbesar di Asia, dan antara yang paling pesat membangun di rantau Asia Tenggara.