Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Logo agensi
Intisari kerajaan
Dibentuk4 September 1957 (1957-09-04)
JenisKerajaan
Bidang kuasa
Kerajaan Malaysia
Ibu pejabatMenara SPR, No. 2, Jalan P2T, Presint 2 Putrajaya
MotoCekap dan Telus
Kakitangan8999 (2023)
Belanjawan tahunanRM 71,302,900 (2020)
Eksekutif kerajaan
  • Ramlan Harun, Pengerusi
  • Azmi Sharom, Timbalan Pengerusi
  • Ikmalrudin Ishak, Setiausaha
Agensi induk
Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Dokumen penting
Laman sesawang
www.spr.gov.my


Suruhanjaya Pilihan Raya (Jawi: سوروهنجاي ڤيليهن راي; singkatan SPR) ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola, dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. Ia telah ditetapkan dalam Perkara 114, Perlembagaan Malaysia. Penubuhannya ialah mandat oleh perintah eksekutif Perdana Menteri Malaysia, iaitu Mahathir Mohamad. SPR berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.