Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Logo SPRM
Intisari kerajaan
Dibentuk1 Oktober 1967 (1967-10-01)
Agensi terdahulu
  • Badan Pencegah Rasuah
JenisKerajaan
Bidang kuasa
Eksekutif
StatusSPRM
Ibu pejabatNo. 2, Lebuh Wawasan, Presint 7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan, Perbadanan Putrajaya 62250
Kakitangan2,937 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 242,134
Eksekutif kerajaan
  • Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya
  • Dato Sri Ahmad Khusairi Yahaya, Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM
Agensi induk
Parlimen Malaysia
Dokumen penting
  • Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009
Laman sesawang
www.sprm.gov.my

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Jawi: سوروهنجاي ڤنچڬاهن رسوا مليسيا; disingkat: SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah Persekutuan Malaysia, atau singkatannya BPRM atau BPR saja ialah sebuah pertubuhan kerajaan persekutuan yang mula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Akhirnya pada 1 Januari 2009, ia digubal dan di olah semula untuk menjadi SPRM. Selain itu, Mantan Yang di-Pertua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim turut mengharumkan nama SPRM apabila beliau dipilih menjadi Timbalan Presiden Persatuan Agensi Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IAACA) pada November 2013.

Tan Sri Dzulkifli Ahmad meletakkan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya atas sebab-sebab tertentu. Azam Baki dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya baru pada 9 Mac 2020.