Jabatan Perdana Menteri Malaysia

Jabatan Perdana Menteri
جابتن ڤردان منتري
Intisari kerajaan
Dibentuk1 Mei 2014 (2014-05-01)
JenisKerajaan
Ibu pejabatPerdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya
Kakitangan33,802 (2018)
Belanjawan tahunanRM 4,048,073,200 (2020)
Menteri bertanggungjawab
  • Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar, (Hal Ehwal Agama)
  • Dato Sri Azalina Binti Othman Said, (Undang-Undang & Reformasi Institusi)
  • Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, (Wilayah Persekutuan)
Timbalan menteri bertanggungjawab
  • Dr. Zulkifli Hasan, (Hal Ehwal Agama)
  • Tuan M. Kulasegaran, (Undang-Undang & Reformasi Institusi)
Eksekutif kerajaan
  • Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara
  • Dato Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan
Laman sesawang
www.jpm.gov.my

Jabatan Perdana Menteri (Tulisan Jawi: جابتن ڤردان منتري; singkatan JPM) merupakan sebuah kementerian kerajaan persekutuan di Malaysia. Ia ditubuhkan bertujuan untuk memastikan perkhidmatan di semua bahagian terlaksana menurut dasar, pengawalan dan garis panduan semasa. Ia diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia dan diikuti oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Jabatan ini merangkumi Pejabat Perdana Menteri dan lebih 50 agensi dan badan kerajaan. Ia ditubuhkan pada tahun 1957 dan kini berpusat di Perdana Putra, Putrajaya.