Bahasa-bahasa Dravidia

Dravidian
Tamil: திராவிட மொழிக் குடும்பம்
Jawi:بهس دراويديا
Etnik:Orang Dravidia
Taburan
geografi:
India Selatan, Utara-Timur dan tengah Sri Lanka, barat-daya Pakistan,Nepal, Bangladesh, Iran, Turkmenistan,Semanjung Malaysia, Indonesia (Sumatera Utara dan Jakarta) Mauritius, Afrika Selatan, Fiji, Karibia, Afrika Timur serta Singapura
Klasifikasi bahasa:Salah satu daripada Keluarga bahasa utama dunia
Bahasa-proto:Proto-Dravidia
Pembahagian:
  • Utara
  • Selatan
  • Tengah Selatan
  • Selatan
ISO 639-2 / 5:dra
Linguasphere:49= (phylozone)
Glottolog:drav1251
Taburan Bahasa-Bahasa Dravidia

Bahasa-bahasa Dravidia ialah satu keluarga bahasa yang dituturkan oleh 250 juta orang, terutamanya di India Selatan, timur laut Sri Lanka, barat daya Pakistan, dengan kelompok penutur lain di beberapa kawasan di Asia Selatan serta bahagian di Afghanistan dan Iran, dan negara-negara seperti UK, AS, Kanada, Malaysia, dan Singapura.

Bahasa Dravidia yang paling banyak dituturkan ialah (mengikut turutan menurun) Bahasa Telugu, Bahasa Tamil, Bahasa Kannada dan Bahasa Malayalam, yang kesemuanya mempunyai tradisi kesusateraan yang panjang. Bahasa kesusateraan yang lebih kecil termasuklah Bahasa Tulu dan Kodava.Bersama-sama dengan beberapa bahasa yang lebih kecil seperti Gondi, bahasa-bahasa ini merangkumi bahagian selatan India dan timur laut Sri Lanka, dan menyumbang majoriti penutur bahasa Dravida.Bahasa Malto dan Kurukh dituturkan di kawasan terpencil di India Timur. Kurukh juga dituturkan di beberapa bahagian Nepal, Bhutan dan Bangladesh.

Bahasa Brahui kebanyakannya dituturkan di wilayah Balochistan di Pakistan, |Balochistan di Iran dan sekitar oasis Merw di Turkmenistan.Semasa zaman penjajahan British, penutur Dravidia dihantar sebagai buruh dan pegawai kerajaan ke Asia Tenggara, Mauritius, Afrika Selatan, Fiji, Karibia, dan Afrika Timur. Terdapat juga komuniti diaspora penutur Dravidia yang lebih terkini di Timur Tengah , Eropah, Amerika Utara dan Oceania.

Bahasa Dravidia mula dibuktikan pada abad ke-2 SM, melalui inskripsi skrip Tamil-Brahmi pada dinding gua di daerah Madurai dan Tirunelveli di Tamil Nadu. Nama tempat Dravida di sepanjang pantai Laut Arab serta tanda-tanda pengaruh fonologi dan tatabahasa Dravidia (contohnya Konsonan gelungan) dalam bahasa Indo-Arya (kira-kira 150 SM) menunjukan bahawa suatu bentuk bahasa Proto-Dravidia pernah digunakan secara lebih meluas di seluruh Subbenua India sebelum penyebaran bahasa Indo-Arya. Walaupun sesetengah sarjana berpendapat bahawa bahasa-bahasa Dravida mungkin telah dibawa ke India melalui migrasi dari dataran tinggi Iran pada milenium keempat atau ketiga SM, atau lebih awal lagi, kosa kata yang direkonstruksi bagi bahasa Proto-Dravidia menunjukan bahawa keluarga ini adalah berasal dari India sendiri.