Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!
| Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! | |
|---|---|
| Pengarah | Erma Fatima Hjh. Ainon Ariff |
| Dihasilkan oleh | Hj. Burhanuddin Md Radzi Yusry Abdul Halim |
| Dibintangi | Puteri Balqis Awie Remy Ishak Gambit Saifullah Sara Ali David Teo Asyiela Putri (suara) |
| Muzik oleh | Yubi Band |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 98 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Pecah panggung | RM3 juta |
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! adalah sebuah filem aksi langsung animasi bertutur dalam Bahasa Melayu dari Malaysia yang diarahkan oleh Ainon Ariff dan Eirma Fatima, menampilkan Aisyela Putri Azhar, Puteri Balqis Azizi, Awie, Sara Ali, Remy Ishak dan Gambit Saifullah, sebagai antagonis utama dalam filem ini. Filem ini diterbitkan oleh Les' Copaque Production dengan kerjasama KRU Studios dan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 24 November 2016.
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! diarah oleh Erma Fatima bersama Hajjah Ainon Ariff, penerbit siri Upin & Ipin, dan diedarkan oleh Primeworks Studios. Ia mula ditayangkan di 121 buah pawagam di seluruh Malaysia mulai 24 November 2016.