KRU Studios

KRU Studios Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahAnak syarikat
IndustriHiburan, media
GenreMedia
Ditubuhkan14 Mei 1997 (1997-05-14) di Kuala Lumpur, Malaysia
PengasasDato' Norman Abdul Halim
Ibu pejabatKRU Headquarters, Level 6, Tower 5, Sky Park @ Cyberjaya, Jalan Teknokrat 1, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Tokoh penting
Syarikat indukKRU Berhad
Pembahagian
  • United Studios Sdn. Bhd.
  • Showbiz Productions Sdn. Bhd.
  • Kartun Studios Sdn. Bhd.
Tapak webwww.krustudios.com
sunting ยท sunting di Wikidata

KRU Studios Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai KRU Motion Pictures Sdn Bhd) ialah sebuah syarikat media dan hiburan multinasional Malaysia yang diasaskan dan dimiliki oleh kumpulan KRU Berhad iaitu Dato' Norman Abdul Halim. Selain ibu pejabatnya di Selangor, cawangan KRU Studios terdapat di Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia, Hong Kong, Eropah, dan United Kingdom.

KRU Studios merupakan penerbit beberapa filem seperti Cicak-Man (2006), Duyung, dan Cicakman 2 - Planet Hitam yang kedua-duanya diterbitkan pada 2008. Syarikat ini turut menjadi penerbit bersama filem Hollywood, Deadline dan merancang memasarkan filem itu di serata dunia terutamanya di Asia.