Asyiela Putri

Asyiela Putri
Kelahiran
Asyiela Putri binti Azhar

(2000-04-27) 27 April 2000
Nama lainAsyiela Putri
PekerjaanAktris, pelakon suara, penyanyi
Tahun aktif2005–kini
Terkenal keranaPelakon suara Upin dan Ipin
KeluargaAdreena Putri Azhar (kakak)
Azhar Ahmad @ Salleh (bapa)
Eda Huraini Hussain (ibu)

Asyiela Putri Azhar (lahir 27 April 2000) merupakan seorang aktris, pelakon suara, dan penyanyi yang menyumbangkan watak Upin dan Ipin dalam siri animasi Upin & Ipin, menggantikan Nur Fathiah Diaz mulai musim keempat hingga sekarang .

Asyiela turut terkenal dengan bakat nyanyian dengan meminjamkan suaranya dalam album Seronoknya Raya bersama Upin & Ipin yang diterbitkan pada musim Aidilfitri 2011, serta menyanyi dengan memegang watak Upin dan Ipin bersama Najwa Latif untuk lagu "Terima Kasih Cikgu" pada tahun 2012.