Sara Ali
Sara Ali | |
|---|---|
| Kelahiran | Siti Sarah binti Hairi Ali 11 Oktober 1990 |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2011–kini |
Siti Sarah Hairi Ali atau lebih terkenal sebagai Sara Ali (lahir 11 Oktober 1990) ialah seorang pelakon wanita Malaysia, berasal dari Batu Pahat, Johor. Sara telah membintangi beberapa drama TV termasuk Wasiat (2011), Bukan Bidadari (2012), Luluhnya Sebuah Ikrar (2013), Rubberband (2015) dan Split TV Series (2018) serta telah membintangi beberapa filem termasuk Nur Kasih The Movie dan Songlap (2011), Kami Histeria (2014) dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa (2022).