Gambit Saifullah

Gambit Saifullah
Kelahiran
Gambit Saifullah Rosli

(1985-07-21) 21 Julai 1985
PekerjaanPelakon, Penerbit, Pengembara
Tahun aktif2006–kini
Ketinggian5 ft 9 in (1.75 m)

Gambit Saifullah adalah antara salah seorang pelakon Malaysia yang paling menarik dan serba boleh. Tidak konvensional dalam pilihan lakonannya, pelakon yang seperti chameleon di layar ini sering memilih peranan yang mencabar sempadan kebolehannya sebagai seorang artis. ‘Saya tertarik kepada watak yang sukar dan kompleks. Bahkan untuk protagonis romantik, saya akan mencari apa yang membuatkan mereka berbeza, dan mencari cara-cara unik untuk membawakan watak itu.’

Beliau telah dikreditkan dengan beberapa peranan lakonan di televisyen termasuk The Hoppers & Ahli Muzik (2008), Awan Dania 3 (2010) dan Shhh... I Love You (2017) serta peranan lakonan di filem termasuk Cinta (2006), Karipap-Karipap Cinta (2011), Hantu Bukit Cina (2014) dan Paskal (2018).