Primeworks Studios

Primeworks Studios Sdn Bhd
Nama dahuluGrand Brilliance Sdn Bhd
(9 Disember 1993 – 8 Ogos 2008)
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriHiburan, Media
GenreMedia
Ditubuhkan
  • 9 Disember 1993 (1993-12-09)
    (sebagai Grand Brilliance)
  • 8 Ogos 2008 (2008-08-08)
    (sebagai Primeworks Studios)
Ibu pejabatBalai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingNini Yusof
Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios
KeluaranTelevisyen, filem
JenamaGrand Brilliance (dihentikan)
Syarikat indukMedia Prima
PembahagianPrimeworks Distribution Sdn. Bhd.
Tapak webwww.primeworks.com.my
sunting · sunting di Wikidata

Primeworks Studios Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Grand Brilliance Sdn Bhd) ialah sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran rancangan televisyen Malaysia dan penyedia kandungan milik penuh konglomerat media Media Prima. Syarikat ini bertanggungjawab membekalkan kandungan kreatif untuk rangkaian televisyen Media Prima, iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Primeworks bukan sahaja menerbitkan rancangan TV untuk Media Prima, bahkan turut membekalkan kandungan untuk RTM dan Astro, di samping mengeksport rancangan buatan Malaysia ke pasaran antarabangsa dan menjalin hubungan strategik dengan pengedar TV antarabangsa.

Biarpun mula menerbitkan rancangan televisyen seawal pada 2008 (yang dikenali sebagai Grand Brilliance), Primeworks hanya mengenalpasti diri mereka sendiri pada 2019 untuk dibezakan daripada satu lagi anak syarikat Media Prima, Grand Brilliance Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 8 Ogos 2008. Syarikat itu bergabung dengan satu lagi anak syarikat Media Prima, Grand Brilliance pada tahun 2008 untuk membentuk syarikat pelesenan, penerbitan dan pengedaran baharu di bawah nama Primeworks Studios.