Upin & Ipin
| Upin & Ipin | |
|---|---|
Logo terkini, digunakan sejak 2018. | |
| Genre | |
| Pencipta |
|
| Pengarah |
|
Pelakon suara |
|
Penggubah lagu tema |
|
| Lagu pembukaan |
|
| Penggubah | Azfaren Aznam |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Bilangan musim | 19 |
| Bilangan episod | 705 (Senarai episod) |
| Penerbitan | |
| Penerbit |
|
| Tempoh siaran |
|
Syarikat penerbitan | Les' Copaque Production |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 14 September 2007 – kini |
| Pautan luar | |
| Laman sesawang | |
Upin & Ipin ialah siri televisyen animasi Malaysia yang disiarkan sejak 2007. Siri ini dicipta oleh Burhanuddin Md Radzi dan isterinya, Ainon Ariff dan diterbitkan oleh Les' Copaque Production yang beribu pejabat di Shah Alam, Selangor. Ia memulakan tayangan perdana di TV9 sebanyak 11 musim, dengan hak siarannya dibeli oleh Astro, TV3 dan Disney Channel Asia. Siri ini juga disiarkan menerusi MNCTV dan RCTI di Indonesia dan boleh didapati melalui penstriman di Disney+ Hotstar dan Netflix.
Watak Upin dan Ipin disuarakan oleh Nur Fathiah Diaz untuk tiga musim, sebelum beliau digantikan oleh Asyiela Putri bermula musim keempat ke atas. Siri ini mengikuti Upin dan Ipin, sepasang adik-beradik kembar yang tinggal bersama kakak sulung mereka, Ros dan nenek mereka, Uda (yang mereka panggil Opah) di sebuah rumah kampung yang bernama Kampung Durian Runtuh. Mereka kehilangan ibu bapa mereka semasa mereka masih bayi. Bersama rakan-rakan mereka, adik-beradik kembar ini menjalani kehidupan seharian mereka yang penuh dengan aktiviti menarik dan pengembaraan yang mendebarkan.
Asalnya merupakan keluaran sampingan bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula, Upin & Ipin diterbitkan sebagai siri enam bahagian sempena bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2007 di TV9, dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia, kemudian ia diterbitkan sebagai siri 42 bahagian dengan pelbagai penceritaan. Tema menyeluruh termasuk tumpuan kepada keluarga, tumbesaran dan budaya Malaysia. Setakat pada 2024, Upin & Ipin ialah siri animasi Malaysia yang paling lama disiarkan, kini dalam tahun ke-17 penerbitannya, dan kini memasuki musim ke-18.
Upin & Ipin telah menerima tontonan yang tinggi secara konsisten di Malaysia baik dalam kedua-dua siaran televisyen dan perkhidmatan video atas permintaan. Ia telah mempengaruhi penghasilan barangan berjenama, penerbitan filem dan persembahan pentas yang menampilkan watak-wataknya. Siri ini telah menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBOR) sebanyak 3 kali dan memenangi pelbagai anugerah, termasuk Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 bagi Animasi Terbaik dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 bagi Watak Animasi Tempatan Paling Popular. Ia telah dipuji oleh pengkritik televisyen kerana menggambarkan kehidupan keluarga seharian moden.