David Teo

David Teo
Kelahiran
Teo Chew Huat

(1964-08-01) 1 Ogos 1964
PekerjaanPenerbit, usahawan, pelakon, penyanyi
Tahun aktif2000–kini
PasanganJane Lim
Anak-anak3
Laman web rasmiDavid Teo

Teo Chew Huat yang dikenali sebagai David Teo (lahir 1 Ogos 1964) ialah seorang penerbit filem, usahawan, pelakon dan penyanyi Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth, ia turut mempunyai beberapa anak syarikat seperti MIG Sound, MIG Talent dan Temasek Studios. MIG Pictures di bawah kendalian David Teo telah menghasilkan lebih dari 100 judul filem semenjak tahun 2000.