Festival Filem Malaysia ke-23

Festival Filem Malaysia ke-23
Tarikh20 Oktober - 24 Oktober 2010
TempatPusat Konvensyen Shah Alam, Shah Alam
Pengacara
Penyampai pra-acara
Gambaran keseluruhan
Filem TerbaikMagika
Pengarah TerbaikSyamsul Yusof
Pelakon Lelaki TerbaikBront Palarae
Pelakon Wanita TerbaikLisa Surihani
Liputan televisyen
Rangkaian
Tempoh masa3 jam

Festival Filem Malaysia ke-23 berlangsung pada 20–24 Oktober 2010 (setelah ditunda dari 16–18 Julai), bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam, Shah Alam. Dengan membawa tema "Filem Malaysia ke Persada Dunia", festival pada kali ini diadakan bagi mengiktiraf hasil kerja seni filem Malaysia.

Pesta filem ini merangkumi bengkel-bengkel dan seminar-seminar yang khusus untuk membincangkan dan mempertingkatkan sambutan filem tempatan, tayangan umum filem-filem yang tercalon di pawagam-pawagam terpilih pada 22 dan 23 Oktober, dan akhirnya malam penganugerahan pada 24 Oktober.

Penganugerahan Festival Filem Malaysia dikuasai oleh filem Magika buatan KRU Studios yang membolot 12 pencalonan, dan memenangi tujuh daripadanya, termasuk Filem Terbaik.