Munafik (filem)

Munafik
Poster keluaran tayangan
PengarahSyamsul Yusof
PenulisSyamsul Yusof
Lakon layarSyamsul Yusof
Dihasilkan olehDatuk Yusof Haslam
Dibintangi
SinematografiRahimi Maidin
Muzik olehSebastien Pan
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehSkop Productions (Malaysia)
MD Pictures (Indonesia)
Tarikh tayangan
  • 25 Februari 2016 (2016-02-25) (Malaysia)
  • 5 Julai 2016 (2016-07-05) (Indonesia)
Masa tayangan
98 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.6 juta
Pecah panggungRM 19.04 juta

Munafik (Jawi: منافق) merupakan sebuah filem hantu ghaib Malaysia 2016 yang diarahkan dan ditulis oleh Syamsul Yusof serta menampilkan dirinya sendiri, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A. Galak dan Datuk Rahim Razali. Ia merupakan filem kesembilan arahan Syamsul dan filem seram keduanya selepas filem Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011) serta filem pertama dalam trilogi Munafik yang dirancang. Mengisahkan mengenai Adam (Syamsul Yusof), seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima kematian isterinya. Selepas bertemu dengan Maria (Nabila Huda), peristiwa pelik mulai menghantui dirinya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 25 Februari 2016 di Malaysia dan 5 Julai 2016 di Indonesia.

Filem ini merupakan filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman dengan kutipan sebanyak RM 19.04 juta, menjadikan Munafik sebagai filem Malaysia paling laris pada tahun 2016. Filem ini telah memenangi lima daripada sembilan pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28 (termasuk Pengarah Terbaik). Kesinambungannya, Munafik 2 ditayangkan pada 30 Ogos 2018.