KL Special Force

KL Special Force
PengarahSyafiq Yusof
PenulisSyafiq Yusof
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiAzami Alias
Disunting olehSyafiq Yusof
Muzik oleh
  • Ken Hor
  • Lo Shi Seng
Syarikat
penerbitan
  • Damofa Productions
  • Viper Studios
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
8 Mac 2018
Masa tayangan
106 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 4 juta
Pecah panggungRM 12.1 juta

KL Special Force merupakan sebuah filem aksi Malaysia 2018 arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Skop Productions, Damofa Productions dan Viper Studios. Ia dibintangi oleh Dato' Rosyam Nor, Fattah Amin dan Syamsul Yusof. Filem ini mengisahkan sekumpulan unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai KL Special Force berusaha untuk menumpaskan kumpulan perompak dikenali sebagai Geng Anarkis yang merompak bank Damofa.

Penggambaran dijalankan pada Julai 2016 di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan berakhir pada September 2016. Filem ini ditayangkan pada 8 Mac 2018, menerima ulasan positif daripada pengkritik filem dan meraih kutipan sebanyak RM12.1 juta dalam masa 4 minggu tayangan. Pada Disember 2018, Harian Metro menyenaraikan KL Special Force sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018.