Munafik 2

Munafik 2
PengarahSyamsul Yusof
PenulisSyamsul Yusof
Lakon layarSyamsul Yusof
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiRahimi Mahidin
Disunting olehSyamsul Yusof
Syarikat
penerbitan
Skop Productions President Productions
Tarikh tayangan
  • 30 Ogos 2018 (2018-08-30) (Malaysia)
  • 26 September 2018 (2018-09-26) (Indonesia)
  • 1 Mei 2019 (2019-05-01) (Netflix)
Masa tayangan
104 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 2.5 juta
Pecah panggungRM 48 juta

Munafik 2 ialah sebuah filem seram Malaysia 2018 yang diarahkan dan ditulis oleh Syamsul Yusof. Filem ini merupakan kesinambungan daripada filem Munafik yang ditayangkan pada 2016 dan yang kedua dalam trilogi Munafik yang dirancang. Ia juga merupakan filem ke-40 terbitan Skop Productions dan dibintangi oleh Syamsul sendiri sebagai Ustaz Adam, Fizz Fairuz, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, Mawi, Rahim Razali dan pelakon Indonesia, Weni Panca. Ia mengisahkan perjuangan Ustaz Adam yang berhadapan dengan kultus ajaran sesat di perkampungan yang sangat terpencil, yang diketuai oleh Abuja dan menyelamatkan seorang ibu tunggal (Sakinah) dari kejahatan Abuja.

Penggambaran dijalankan pada Mac 2017 di Kuala Lumpur, Lembah Klang, Perak dan Pahang dan berakhir pada Mei 2017, filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara Malaysia pada 30 Ogos 2018, dan di Indonesia pada 26 September 2018. Munafik 2 menerima ulasan yang sangat positif dan menggalakkan dari penonton dan telah meraih kutipan tertinggi sebanyak RM43 juta hanya dalam tempoh sebulan ditayangkan, menjadikannya salah satu filem tempatan dengan kutipan tertinggi di Malaysia bagi tahun 2018 iaitu sebanyak RM 48 juta. Kesinambungan ketiga filem ini sedang dalam perancangan dengan Syamsul kembali mengarah, menulis skrip dan menjayakan peranannya.

Pada Disember 2018, Harian Metro menyenaraikan Munafik 2 sebagai filem tempatan nombor 1 dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018.