KL Gangster

KL Gangster
Poster keluaran tayangan
PengarahSyamsul Yusof
Lakon layarSyamsul Yusof
Dihasilkan olehYusof Haslam
Dibintangi
SinematografiOmar Ismail
Disunting oleh
  • Hisham Jupri
  • Syamsul Yusof
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 9 Jun 2011 (2011-06-09) (Malaysia)
Masa tayangan
81 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.51 juta
Pecah panggungRM 11.74 juta

KL Gangster merupakan sebuah filem aksi jenayah Malaysia 2011 arahan Pengarah Terbaik FFM 23, Syamsul Yusof (yang turut membintanginya). Ia dibintangi oleh Aaron Aziz, Adi Putra, Soffi Jikan dan Zizan Razak, ia menceritakan tentang seorang bekas ketua gangster yang baru keluar dari penjara, ingin mengubah kehidupannya. Filem ini telah ditayangkan di pawagam pada 9 Jun 2011.

KL Gangster dilaporkan sebagai filem buatan Malaysia pertama yang mencecah setakat kutipan RM 10 juta di pawagam-pawagam tempatan, sekaligus mengatasi rekod keseluruhan yang dipegang oleh Ngangkung pada tahun 2010. KL Gangster mempertahankan gelaran filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama tiga tahun, sebelum diatasi oleh filem tempatan berbahasa Cina, The Journey, pada awal tahun 2014. Prekuel filem ini, KL Gangster 2 telah ditayangkan pada 3 Oktober 2013 diikuti oleh dua terbitan turunannya Abang Long Fadil pada 29 Mei 2014 dan Abang Long Fadil 2 pada 24 Ogos 2017. Filem ini merupakan pengakhiran francais KL Gangster manakala KL Gangster 2 pada 2013 adalah permulaan nya.