Khurafat: Perjanjian Syaitan

Khurafat
Poster keluaran tayangan
PengarahSyamsul Yusof
Dihasilkan olehDato' Yusof Haslam
Dibintangi
SinematografiOmar Ismail
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
13 Januari 2011 ( Malaysia)
Masa tayangan
80 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.50 juta
Pecah panggungRM 8.08 juta

Khurafat: Perjanjian Syaitan (atau Khurafat sahaja) ialah sebuah filem ngeri seram Malaysia 2011 arahan pemenang Pengarah Terbaik FFM 23, Syamsul Yusof yang ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 13 Januari 2011. Filem yang dibintangi oleh Syamsul sendiri, Liyana Jasmay dan Sabrina Ali ini merupakan filem pertama arahan Syamsul bagi genre seram, yang mengangkat tema kekufuran masyarakat yang sanggup meminta bantuan selain dari Allah. Filem ini turut melahirkan sebuah siri TV, iaitu Khurafat The Series yang disiarkan pada 12 Julai 2011 di Astro Ria.