Si Capik

Si Capik
GenreDrama, konflik, kekeluargaan
PenciptaYusof Haslam
Ditulis olehPanel Skrip Skop Productions
PengarahDatuk Yusof Haslam
Dibintangi oleh
Penggubah lagu tema
James Baum
Lagu pembukaan"Si Capik" oleh James Baum dan Ieda Majid
Lagu penutup
  • "Si Capik" oleh James Baum dan Ieda Majid (Episod 1–11, 78)
  • "Hanya Kau Yang Mampu" oleh Aizat Amdan (Episod 12–77, 79–103)
  • "PadaMu Ku Bersujud" oleh Afgan Syahreza (Episod akhir)
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim4
Bilangan episod104 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Fetty Hj Ismail
  • Salmah Hj Ismail
PenerbitDatuk Yusof Haslam
Penyunting
  • Ahmad Fadzli Abd Halim
  • Faizal Abdullah
  • Amisyahril Edwan Amran
Lokasi
Tempoh siaran40–50 minit
Syarikat penerbitan
Skop Productions
Penyiaran
Saluran asalTV2
Format gambar
Format audioStereo
Siaran asal12 Mei 2009 – 16 Ogos 2011

Si Capik merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2009 arahan dan skrip oleh Yusof Haslam terbitan Skop Productions.

Dibintangi oleh Zachery Francis sebagai watak tajuk, Erry Putra, Sheera Iskandar, Hetty Sarlene, ia berkisarkan tentang Reza, seorang pemuda yang mengalami separa kecacatan di bahagian kaki kiri digelar sebagai Si Capik. Lagu tema siri drama ini yang bertajuk sama dinyanyikan oleh James Baum dan Ieda Majid.

Ia merupakan drama Melayu pertama yang dirakamkan menggunakan teknologi video definisi tinggi dan disiarkan di TV2 dari 12 Mei 2009 sehingga 16 Ogos 2011 sebanyak 4 musim dan 104 episod (selama 2 tahun 3 bulan dan 5 hari bertayangan) dengan siaran ulangan sejak 2012. Ia juga disiarkan melalui Mediacorp Suria di Singapura.