Raja Noor Baizura
Raja Noor Baizura | |
|---|---|
| Kelahiran | Raja Noor Baizura binti Raja Shahar 1952 (umur 72–73) |
| Pendidikan | Jurusan Sebaran Am |
| Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Pekerjaan | Pelakon, model |
| Tahun aktif | 1971–kini |
| Pasangan | Syed Norulzaman Syed Kamarulzaman (k. 1981–1988) |
| Anak-anak | 1 orang |
| Bapa | Raja Shahar Ibni Raja Kecil Sulong Harrun al-Rasshid I |
| Keluarga | Perak Royal Family (Raja Harrun Shah l Family) |
Raja Noor Baizura binti Raja Shahar (lahir 1952 di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai model, beliau mencipta nama dalam bidang perfileman pada era 80an. Beliau pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-8 pada tahun 1989 menerusi filem Oh Fatimah. Noor Baizura juga pernah menjayakan watak empat janda bersahabat baik; bersama Uji Rashid, Khatijah Tan dan Rozie Othman dalam sebuah slot Cerekarama TV3 berjudul Abang Muda sekitar tahun 1996.