Rock kapak

Rock kapak (Jawi: روك كاڤق) ialah istilah berkaitan genre rock yang digunakan di Malaysia. Ia merujuk kepada muzik yang dibawakan oleh kugiran-kugiran rock yang wujud di Malaysia dan Singapura pada penghujung 1980-an sehingga awal 1990-an. Istilah ini merujuk kepada lagu-lagu rock yang dinyanyikan dalam bahasa Melayu. Berasal dari Malaysia dan Singapura pada 1980-an, ia mencapai kemuncak populariti arus perdana di negara-negara tersebut pada awal hingga pertengahan 1990-an.