Man Kidal

Man Kidal
Album Rockestra (Album solo pertama Man Kidal)
Maklumat latar belakang
Nama lahirAbdul Rahman bin Mahmood
Juga dikenali
sebagai
Man Kidal
Kelahiran (1963-03-02) 2 Mac 1963
Skudai, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
WarganegaraMalaysia
GenreHard rock, Glam metal, Rock kapak, Heavy metal
PekerjaanPemuzik, Penggubah lagu, Penerbit rakaman
Alat muzikGitar
Tahun aktif1979–kini
Kegiatan berkaitanLefthanded, Search
sunting · sunting di Wikidata

Man Kidal (lahir Abdul Rahman Mahmood; 2 Mac 1963) ialah seorang pemuzik dan instrumentalis Malaysia. Gelaran Kidal diperolehinya adalah kerana beliau bermain gitar dengan menggunakan tangan kiri. Beliau yang dipengaruhi oleh Yngwie Malmsteen, Eric Clapton, Jimi Hendrix, Jeff Beck, Stevie Ray Vaughan, Johnny Winter, Jimmy Page, Joe Perry, Brian May, George Harrison, Hank Marvin, Dave Davies, Pete Townshend, Ritchie Blackmore, Tony Iommi, Manny Charlton, Bernie Leadon, Don Felder, Joe Walsh dan B. B. King. Beliau memulakan kerjayanya untuk menubuhkan kumpulan Lefthanded sebagai pemain gitar utama dan ketua utama kumpulan dan telah ditukarkan nama kepada The Lefthanded pada tahun 1983 hingga berkubur pada tahun 1984. Kemudian beliau telah menyertai kumpulan Down Wheels dan kumpulan ini mengaktifkan kembali menjadi Lefthanded sejak 1986.