Amy Search


Amy Search

Amy Search beraksi di Konsert Search di Awan Biru pada 2009
Kelahiran
Suhaimi bin Abdul Rahman

(1958-07-28) 28 Julai 1958
Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PekerjaanPemuzik, penyanyi, penulis lirik, pelakon
Tahun aktif1973–kini
PangkatRaja Rock Malaysia
Pasangan
  • Faridah Fadzil
    (k. 1983; c. 1985)
  • Norliza Abdul Latiff
    (k. 1990; c. 1994)
  • Roslisa Ahmad
    (k. 1995; c. 2000)
  • Datin Norhasliza Hassan
    (k. 2003)
Anak-anak
  • 1. Nabila Huda
    Suhaimi

    (Anak perempuan)
  • 2. Irisha Myra
    Suhaimi
    (Anak perempuan)
  • 3. Alexander Zulkarnain Suhaimi
    (Anak lelaki)
  • 4. Sania Samara Suhaimi
    (Anak perempuan)
  • 5. Qaqa At-Tameemi Suhaimi
    (Anak lelaki)
Ibu bapa
  • Haji Abdul Rahman Omar
    (Bapa)
  • Hajah Fatimah
    Idris
    (Ibu)
Kerjaya muzik
GenreRock, Hard rock, Heavy metal, Glam metal, Pop rock
Alat muzikVokal, gitar
DiskografiLihat: Amy discography (en)
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitanSearch, Titanic

Datuk Haji Suhaimi bin Haji Abdul Rahman (lahir 28 Julai 1958) atau lebih dikenali sebagai Amy Search merupakan seorang pemuzik, penyanyi, penulis lagu dan pelakon lelaki Malaysia, terkenal sebagai vokalis utama selaku pengasas dan ketua utama kumpulan Search, Search merupakan band rock Malaysia paling berpengaruh di Malaysia dan merupakan kumpulan rock no 2 Malaysia, Search, yang telah menerbitkan lebih 20 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu dan single yang terlaris, dan puluhan konsert yang sering terjual habis tiketnya. Selain itu, beliau juga bergiat aktif dalam bidang lakonan, antara filem lakonannya termasuk Kembara Seniman Jalanan (1986) dan Fenomena (1990). Sepupu beliau, Amir Pearl atau nama penuhnya Dato' Seri Mohd Amir Mohd Esa merupakan seorang vokalis dari Kumpulan Pearl yang popular dengan lagu hits Aku Tak Bersalah di awal tahun 90an.