Hamzah bin Mohd Taib

Kid
Kid selaku pemain gitar utama Search semasa Konsert Unplugged pada tahun 1995
Maklumat latar belakang
Nama lahirHamzah bin Mohd Taib
Juga dikenali
sebagai
Kid, Kit, Kid Search, Kid Gersang
Kelahiran (1967-11-30) 30 November 1967
Kuala Lumpur
GenreRock
PekerjaanPemuzik, Komposer
Alat muzikGitar Utama
Tahun aktif1987–kini
Syarikat rakamanRahim Othman Production (ROP)
Go-Search Sdn. Bhd.
PMC/BMG
Kegiatan berkaitanKumpulan Search
Kumpulan Gersang
Kumpulan Sivilnius
Kumpulan Dragon Malaya
sunting · sunting di Wikidata

Hamzah Mohd Taib atau lebih dikenali dengan nama Kid atau Kit (lahir 30 November 1967) merupakan pemain gitar utama kumpulan rock lagenda Malaysia, Search yang tidak asing lagi dengan lagu malar segar mereka, Isabella.Kid juga mendapat gelaran king of tremolo kerana alunan dan permainan beliau yg begitu mengasyikan dengan kemahiran bermain tremolo. Sebelum menganggotai Search, beliau terlebih dahulu memulakan karier profesionalnya sebagai pemain gitar utama kumpulan Wizard Child pada tahun 1981 hingga 1984. Kemudian Kid menyertai Gersang yang mula menempa nama pada tahun 1988 di bawah bimbingan Rahim Othman. Beliau juga merupakan adik kepada Nordin yang juga pemain gitar irama Search.