Yazit Ahmad

Yazit Search
Kelahiran
Yazit bin Ahmad

(1962-05-10)10 Mei 1962
Meninggal dunia26 September 2019(2019-09-26) (umur 57)
Sebab kematianKerosakan otak
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah, Taman Selasih
PasanganRamlah Ahmad
Anak-anak3
Kerjaya muzik
GenreRock
Alat muzikDram
Kegiatan berkaitanSearch, Rampage

Yazit Ahmad (10 Mei 1962 — 26 September 2019) merupakan seorang pemuzik Malaysia, terkenal sebagai pemain dram kumpulan Search yang telah menerbitkan lebih 20 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu dan single yang terlaris, dan puluhan konsert yang sering terjual habis tiketnya. Selain itu, beliau turut bergiat aktif bersama kumpulan Rampage yang ditubuhkan pada 2001. Beliau merupakan penerima Anugerah Ikon Seniman Setiawangsa 2019. Beliau juga merupakan abang kepada Zahid Ahmad yang turut mencipta nama sebagai pemain dram profesional tanah air.