Pertubuhan Pasok-Momogun Kadazan Bersatu

Pertubuhan Pasok-Momogun Kadazan Bersatu
PengasasMohammad Fuad Stephens
DiasaskanMei 1964
DibubarkanDisember 1967
PenggabunganPertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu & Pertubuhan Pasok Momogun Bersatu
Ibu pejabatSabah
sunting · sunting di Wikidata


Pertubuhan Pasok-Momogun Kadazan Bersatu atau United Pasok Momogun Organisation (UPKO) adalah merupakan sebuah parti yang ditubuhkan pada Mei 1964 hasil gabungan daripada Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan Pertubuhan Pasok Momogun Bersatu (PASOK MOMOGUN); dua buah parti politik yang masing-masing memperjuangkan nasib dan masa depan bangsa KDM.

Selepas pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, kedua-dua parti politik KDM itu terus berjuang dengan agenda masing-masing untuk bertanding dalam Pilihan Raya Majlis-majlis Daerah 1964 yang merupakan pilihan raya kerajaan tempatan pada tahun 1964.